Tuesday, February 8, 2011

Pokok Kapal Terbang

0
8:58 PM Tuesday, February 8, 2011
http://www.emocutez.comPokok Kapal Terbang??? Menatang apa tuh?? haaa..untuk pengetahuan korang sumer..aq pun baru taw akan kewujudan pokok ne. maybe ramai yang dah taw tapi aq blum taw..al-maklumlah..ketinggalan zaman ultraman..hehehe...

okeh..Pokok Kapal Terbang a.k.a  Pokok Jepun a.k.a Pokok Jerman merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Biasanya kalo Pak Tani or Pak Kebun or Pak Dusun nampak..dorang sembelih jak pokok nie sebab mengganggu kegiatan harian tanaman dorang..hehehe..kira macam tumbuhan parasit lar...

itu menurut pandangan Pak Tani dan yang sekapal dengan beliau..dari sudut pandangan para saintis..tumbuhan nie sangatlah berguna untuk menyembuhkan luka-luka yang kecik..haaa..hebat x?? pokok yang dianggap parasit nie rupanya ada kelebihannya..macam yg orang tua2 cakap.."air yang tenang jangan disangka tiada crocodile"..(ada kaitan kah??sah x pass SPM..hahahahha)
http://www.emocutez.com

Tumbuhan ini asalnya daripada Hindi Timur, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini dikelaskan sebagai tumbuhan rumpai dan adalah dari Famili Asteraceae, Compositae. Nama tumbuhan ini dalam Bahasa Melayu adalah Pokok Kapal Terbang, Pokok Jerman ataupun pokok Jepun. Nama-nama lain tumbuhan ini adalah Osmia odorata, Chromolaena odorata, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush dan Baby Tea. Tumbuhan ini mempunyai batang bebusa dan boleh mencapai ketinggian 2.5 meter. Daunnya mempunyai bau. Daun dan bunga diguna untuk merawat luka dan sebagai racun serangga.

AWAS!!!! 

Keseluruhan pokok ini beracun dan boleh memudaratkan. Bahan aktif keracunan adalah Alkaloid pyrolizidin berserta dengan bahan-bahan α-pinen, ß-cubebene, 7- dan 9-Angeloylretroneecine, intermedine, riderine dan 3'-acetylrinderine.

Kesan Keracunan boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutamanya di kalangan kanak-kanak. Keracunan ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada anak dalam kandungan melalui uri. Sintom keracunan dapat dikesan setelah beberapa hari dan biasanya dikesan dengan kejadian sakit perut yang kuat, muntah-muntah dan bengkak hati.





p/s : kalo nak guna hati-hati yerk?? aq x bertanggungjawab atas segala yang bakal terjadi..hehehehe

Aqilah Tahir

Thank You for Spending Your Times Here. Until We Meet Again. Adios!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...