Sunday, May 6, 2012

Sunan Musafir

0
2:10 PM Sunday, May 6, 2012
"ALLAH menciptakan cinta...
dan cinta itu fitrah manusia.."


"ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara.  Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata.  Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup.  Namun benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman?  Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka.  Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan.  Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya smapai ke hujung nyawa.  Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?"


ALHAMDULILLAH..segala puji bagi ALLAH yang memberikan aq kesempatan dan upaya untuk membeli dan membaca novel terbaru Ramlee Awang Murshid, "SUNAN MUSAFIR".  Jalan cerita yang menarik membuatkan aq seolah-olah turut berada dalam kisah hidup Laksamana Sunan...cheeewaaahhhh :)

Satu perkara yang aq suka bila membaca novel Ramlee Awang Murshid, bukan sahaja kepuasan yang dapat diraih bahkan setiap bait perkataan dalam novel-novel beliau sarat dengan makna tersirat, yang kadangkala menggetarkan hati...

BAGAIKAN PUTERI
CINTA SANG RATU
HIJAB SANG PENCINTA
CINTA SUFI
SUTERA BIDADARI
SUNAN MUSAFIR

Hikayat Sang Pencinta, mencari cinta fitrahnya tanpa lelah, namun tetap jugalah diutamakan...cintanya pada ALLAH. Ceritera seorang Laksamana, menegakkan keadilan di muka bumi..tetap jugalah kebenaran menjadi paksi...

Kisah cinta bukan hanya pada manusia..tapi juga cinta pada Yang ESA.  Satu cerita yang sangat mengujakan, mengasyikkan, mendamaikan dan menginsafkan.  Sehebat mana pun seorang manusia, tetap jugalah hebat lagi PENCIPTANYA...dan selayaknya segala puji dan syukur itu hanyalah pada-NYA.  ALHAMDULILLAH

"Awan...kalau dapat dicapai...
maka saktilah hamba..."

"Tatkala cinta berbisik..
suaranya memuji TUHAN..
Pabila rindu terusik..
Rasul-NYA jadi pilihan..."

Aqilah Tahir

Thank You for Spending Your Times Here. Until We Meet Again. Adios!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...