Monday, July 16, 2012

Peliharalah Kesuciannya..

1
10:55 PM Monday, July 16, 2012

Cinta tidak pernah bohong..
Manusia yang mendustai..

Cinta itu suci..
Manusia yang menodai..

Cinta itu indah warnanya..
Manusia yang melakar garis hitam..


Cinta itu sejati..
Manusia yang menoktahkan..

Aku bukan penyair cinta..
Cuma pemuja cinta-Nya..

  *Jodoh itu ada 3..Pertama..jodoh dari syaitan..mereka bertemu kerana maksiat..Kedua..jodoh dari jin..pasangannya dibomohkan dan dipikat dengan bantuan jin..dan Ketiga..jodoh dari Allah..yang namanya tercatat untuk kita di Luh Mahfuz..


Jodoh dari Allah..rasa cinta yang terbit rasa cinta yang luhur..dari pandangan pertama terus menusuk kalbu..yakin dengan jodoh Allah..maka peliharalah kesuciannya..lakukanlah yang sebaiknya..


Jangan dicemari kesucian cinta..jangan jadikan alasan "ini jodohku" sebagai tiket untuk berkasih sayang TANPA ikatan sah..bukankah yang terpelihara itu lebih indah...? Ibaratnya sebuah taman bunga..di dalamnya tumbuh pelbagai jenis tumbuhan..menjadikan ia kelihatan indah..penuh dengan warna-warna.. lantas datang manusia..keindahannya tidak terpelihara..maka akhirnya penuh dengan sampah-sarap..akhirnya hilanglah segala keindahan..terhijab kerana keindahannya tidak dijaga...


Kalau kita yakin dengan Allah..kenapa masih kita berasa akan kehilangan..pepatah melayu ada menyebut, "kalau sudah jodoh..tak kan ke mana" Jika kita yakin kenapa mesti kita cemari kesucian cinta itu..?


Lupakah kita..Syaitan itu kerjanya menyesatkan..? Yakinkah kita akan sentiasa selamat daripada godaan syaitan..? Bahkan seorang yang terkenal dengan ilmu agamanya juga tertewas di tangan syaitan..


Masih ingat kisah seorang pemuda yang dipaksa memilih antara arak dan seorang wanita yang bukan muhrimnya? Pemuda itu lantas memilih arak kerana berasa dosa meminum arak itu lebih kecil berbanding zina. Lantas pemuda tersebut mabuk..maka syaitan menjalankan agenda seterusnya..dihasutnya pemuda tersebut menodai wanita tersebut. Pemuda tersebut berzina dengan wanita itu. Apabila dia sedar, lantaran terlalu takut,pemuda itu pun membunuh wanita tersebut. Tipu daya Syaitan berjaya lagi..


*Teringat pula kisah Naim seorang budak sekolah agama yang popular kat Facebook..huu..Seorang ketua pelajar..seorang imam surau..seorang pelajar cemerlang..kerana cinta akhirnya dia tewas..


Wallahua'lam..

Sunday, July 8, 2012

Pertama Kali Dalam Hidup ^^

0
8:17 AM Sunday, July 8, 2012
Assalamualaikum semua...hope korang suma sihat2 belaka..x lama lg nak posa..kalo x sihat kang susah plak..so...jaga kesihatan k? Standby..standby..before posa kena kuatkan mental dan fizikal..so bila da posa nnti kekuatan berganda2..hehe.. *orang yang posa akan lebih sihat okayh~!*

http://www.emocutez.comSo..back to the title..Apa yg konon2 first tym tuh?


Semalam 1st tym  aq tgok bola live kt stadium..muaahahaha..Sabah lwn Terengganu..Sabah kalah..huhu..3-1 beb..satu gol Sabah bgi free jer kt Ganu..=.= xpelah..lain kali mesti menang!
Abang aq yg belanja beli tiket..mahal wooo..kalo yg dduk kt bhgian berbumbung..sorng RM20..4 org...RM 80..waaaaaa..leh beli pizza 4 keping tuuu..hehehe

Best jugak lah tgok bola kt stadium..aq tkejut jgak..igtkn org2 muda je yg dtg..tgok2 rmi je makcik2 yg tgok..yg bestnya secara x langsung dorg jdi cheerleaders...haha..semangat wa cakap luuu
http://www.emocutez.com

hahaha..mcm tu lah mereka2 semalam..huu..Pas2..depan aq ada sekumpulan lelaki yg hisap rokok..cisss...mula2 2 leh jgak la control macho..tpi dah lama2 makin byk la pulak asap..mmg x leh tahan laa..aq da nk sound daa..tapi nasib baik abang aq ajak pindah tempat duduk..kalo x...makan la ko sindiran paling pedas d dunia..wahahaha *bajet..aq sindir dalam hati je..kui3*

So..tu lah kejadiannya..actually rancangan asal nk p PC Fair kat 1borneo..in the end kitorang p stadium la pulak..anyway..satu pengalaman yg hebat jugak lah..(xlah hebat sgt pon...;p)

Majulah bola sepak untuk Sabah!!! jyeeaaahhhhh!!
http://www.emocutez.com

Wednesday, July 4, 2012

Kanvas Hidup

0
8:55 PM Wednesday, July 4, 2012
Masih lagi kaki ini
Terus melangkah
Walau aku tahu getir di depan sana
Walau aku tahu perit yang bakal terasa
Walau aku tahu kudrat tidak segagah dulu


Namun masih aku keliru
Apa sebenarnya yang ku tuju
Apa sebenarnya yang ku buru
Adakah terang perlu ku suluh?


Lihat saja mereka di sana
Masih terkapai mencari yang tersisa
Terkakai mencari yang secebis cuma
Sedang mereka terus di hina


Fenomena ini sudah lama
Biar dia dengan caranya
Aku dengan caraku

Aku dahulu
Kau dibelakang
Kita tidak seharusnya seiringan
Bukanlah tempatmu bersamaku

Realiti ini
Bukan lagi satu dongengan
Bukan jua ceritera buat sembangan
Tapi tetap jua remeh di pandangan

Kali ini
Aku teruskan langkah
Ingin aku lihat sampai bila
Dia dengan dirinya
Dan dia..dengan dirinya

Cinta itu sudah lama hilang
Sejak kau bina tembok penghalang
Tika kau meninggalkan di belakang

Jangan biarkan ia lenyap
Kerana ia penentu damai
Dengannya musnahlah keegoan...



Salam readers....hahaha..setelah sekian lama..ayat pon macam tunggang langgang..ntah laa..hari ni rasa macam nak bersajak..so..aq wat lahh..hehe..anyway..aq sebenarnya x paham pon sajak nih..hahaha..mula2 aq fikir benda lain..last2 jadi benda lain..huhu..anyway..Thanks 4 reading..Adiosss!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...