Monday, July 16, 2012

Peliharalah Kesuciannya..

1
10:55 PM Monday, July 16, 2012

Cinta tidak pernah bohong..
Manusia yang mendustai..

Cinta itu suci..
Manusia yang menodai..

Cinta itu indah warnanya..
Manusia yang melakar garis hitam..


Cinta itu sejati..
Manusia yang menoktahkan..

Aku bukan penyair cinta..
Cuma pemuja cinta-Nya..

  *Jodoh itu ada 3..Pertama..jodoh dari syaitan..mereka bertemu kerana maksiat..Kedua..jodoh dari jin..pasangannya dibomohkan dan dipikat dengan bantuan jin..dan Ketiga..jodoh dari Allah..yang namanya tercatat untuk kita di Luh Mahfuz..


Jodoh dari Allah..rasa cinta yang terbit rasa cinta yang luhur..dari pandangan pertama terus menusuk kalbu..yakin dengan jodoh Allah..maka peliharalah kesuciannya..lakukanlah yang sebaiknya..


Jangan dicemari kesucian cinta..jangan jadikan alasan "ini jodohku" sebagai tiket untuk berkasih sayang TANPA ikatan sah..bukankah yang terpelihara itu lebih indah...? Ibaratnya sebuah taman bunga..di dalamnya tumbuh pelbagai jenis tumbuhan..menjadikan ia kelihatan indah..penuh dengan warna-warna.. lantas datang manusia..keindahannya tidak terpelihara..maka akhirnya penuh dengan sampah-sarap..akhirnya hilanglah segala keindahan..terhijab kerana keindahannya tidak dijaga...


Kalau kita yakin dengan Allah..kenapa masih kita berasa akan kehilangan..pepatah melayu ada menyebut, "kalau sudah jodoh..tak kan ke mana" Jika kita yakin kenapa mesti kita cemari kesucian cinta itu..?


Lupakah kita..Syaitan itu kerjanya menyesatkan..? Yakinkah kita akan sentiasa selamat daripada godaan syaitan..? Bahkan seorang yang terkenal dengan ilmu agamanya juga tertewas di tangan syaitan..


Masih ingat kisah seorang pemuda yang dipaksa memilih antara arak dan seorang wanita yang bukan muhrimnya? Pemuda itu lantas memilih arak kerana berasa dosa meminum arak itu lebih kecil berbanding zina. Lantas pemuda tersebut mabuk..maka syaitan menjalankan agenda seterusnya..dihasutnya pemuda tersebut menodai wanita tersebut. Pemuda tersebut berzina dengan wanita itu. Apabila dia sedar, lantaran terlalu takut,pemuda itu pun membunuh wanita tersebut. Tipu daya Syaitan berjaya lagi..


*Teringat pula kisah Naim seorang budak sekolah agama yang popular kat Facebook..huu..Seorang ketua pelajar..seorang imam surau..seorang pelajar cemerlang..kerana cinta akhirnya dia tewas..


Wallahua'lam..

Aqilah Tahir

Thank You for Spending Your Times Here. Until We Meet Again. Adios!

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...