Kanvas Hidup
0
Masih lagi kaki ini
Terus melangkah
Walau aku tahu getir di depan sana
Walau aku tahu perit yang bakal terasa
Walau aku tahu kudrat tidak segagah dulu
Namun masih aku keliru
Apa sebenarnya yang ku tuju
Apa sebenarnya yang ku buru
Adakah terang perlu ku suluh?
Lihat saja mereka di sana
Masih terkapai mencari yang tersisa
Terkakai mencari yang secebis cuma
Sedang mereka terus di hina
Fenomena ini sudah lama
Biar dia dengan caranya
Aku dengan caraku
Aku dahulu
Kau dibelakang
Kita tidak seharusnya seiringan
Bukanlah tempatmu bersamaku
Realiti ini
Bukan lagi satu dongengan
Bukan jua ceritera buat sembangan
Tapi tetap jua remeh di pandangan
Kali ini
Aku teruskan langkah
Ingin aku lihat sampai bila
Dia dengan dirinya
Dan dia..dengan dirinya
Cinta itu sudah lama hilang
Sejak kau bina tembok penghalang
Tika kau meninggalkan di belakang
Jangan biarkan ia lenyap
Kerana ia penentu damai
Dengannya musnahlah keegoan...
Salam readers....hahaha..setelah sekian lama..ayat pon macam tunggang langgang..ntah laa..hari ni rasa macam nak bersajak..so..aq wat lahh..hehe..anyway..aq sebenarnya x paham pon sajak nih..hahaha..mula2 aq fikir benda lain..last2 jadi benda lain..huhu..anyway..Thanks 4 reading..Adiosss!
Terus melangkah
Walau aku tahu getir di depan sana
Walau aku tahu perit yang bakal terasa
Walau aku tahu kudrat tidak segagah dulu
Namun masih aku keliru
Apa sebenarnya yang ku tuju
Apa sebenarnya yang ku buru
Adakah terang perlu ku suluh?
Lihat saja mereka di sana
Masih terkapai mencari yang tersisa
Terkakai mencari yang secebis cuma
Sedang mereka terus di hina
Fenomena ini sudah lama
Biar dia dengan caranya
Aku dengan caraku
Aku dahulu
Kau dibelakang
Kita tidak seharusnya seiringan
Bukanlah tempatmu bersamaku
Realiti ini
Bukan lagi satu dongengan
Bukan jua ceritera buat sembangan
Tapi tetap jua remeh di pandangan
Kali ini
Aku teruskan langkah
Ingin aku lihat sampai bila
Dia dengan dirinya
Dan dia..dengan dirinya
Cinta itu sudah lama hilang
Sejak kau bina tembok penghalang
Tika kau meninggalkan di belakang
Jangan biarkan ia lenyap
Kerana ia penentu damai
Dengannya musnahlah keegoan...
Salam readers....hahaha..setelah sekian lama..ayat pon macam tunggang langgang..ntah laa..hari ni rasa macam nak bersajak..so..aq wat lahh..hehe..anyway..aq sebenarnya x paham pon sajak nih..hahaha..mula2 aq fikir benda lain..last2 jadi benda lain..huhu..anyway..Thanks 4 reading..Adiosss!
0 comments: