Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Kisah "Malaikat" Kecil

0
5:53 PM Wednesday, March 7, 2012
Salam for all readers...hari ni aq nak share satu citer yang memang best giler (for me). A very meaningful story..kalo x pernah baca citer ni..silalah baca..

http://www.emocutez.com

Friday, June 24, 2011

Cara Bijak Mengurangkan Penggunaan Elektrik

0
11:04 AM Friday, June 24, 2011
Mempunyai rumah yang cekap tenaga adalah salah satu cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik dan ia merupakan salah satu penyelesaian yang paling belum diterokai untuk mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Berikut adalah beberapa penyelesaian yang disediakan untuk anda bagi memiliki rumah yang cekap tenaga.

Brilliant Way to Save Your Electrical Cosumption

0
11:01 AM
Having an energy efficient home is one of the ways to reduce the electrical consumption and one of the most untapped solutions to reduce the impact to the environment. Here are just some of the solutions that are available for you to have an energy efficient home.

Friday, March 18, 2011

SAMAN POLIS ITUUU!!

0
10:59 AM Friday, March 18, 2011
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..!
apa kabar suma readers? agak lama aq tidak menjenguk2 blog ne..kesian ne blog terbiar..hahaha..
anyway..back to the topic..kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan..fuuhhh!!.aq memang setuju betul dengan pepatah ne taw..sebab tym aq jlan2 pemandangan aq jadi luas..ahahaa...ok..begini ceritanya......

 Dalam perjalanan pulang dari Tenom ke rumahku di Kota Kinabalu, aq telah berjaya men'snap' beberapa keping gambar. kejadian ne berlaku dekat2 dengan Damai..huu..tym 2 dekat traffic light. Sebelah kereta yang aq naik ada kereta polis. aq pun tengok2 la kereta dorg ne..kereta kancil..dalam tu ada 3 orang, pemandu, penumpang depan dan penumpang blakang.


Tengok punya tengok..baru aq perasan..mula2 abang aq yang tegur..huu..ketiga-tiga orang dalam kereta kancil tu x pakai tali pinggang keledar..punyalaahh..polis ka tu? memang maw kena saman tu polis taw..huu..saman orang jak kerja dorg..tapi dorg sendiri x ikut peraturan..apa punya polis laaa..


Maybe bukan semua polis macam tu..tapi..bila dah jadi macam ne..pepatah orang tua-tua dulu tu boleh diguna pakai - "seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit"..huuu..jadi abang polis..hati-hati arrr..bukan kamu jak yang ada cctv..huahuahuahua...





huu..gambar x berapa clear..sebab snap pakai hp jak..huhu..tapi sekurang-kurangnya ada juga gambar kan?ahahahaha..


p/s : abang polis tu sedar ke aq amik gambar diorang?ahaha..




daftar affiliate FREE dan jana wang tambahan di sini

Thursday, February 24, 2011

sampah di masjid : apa peranan kita?

0
10:57 PM Thursday, February 24, 2011
assalamualaikum semua..!

sejak aq diterima bekerja sebagai guru ganti di SK. Likas nie..maka hampir setiap harilah aq akan berjalan kaki dari sekolah untuk pulang ke rumah. Kadang-kadang kalau malas berjalan pulang ke rumah aq minta my brother yang ambik..hehee..sama juga ceritanya bila ke sekolah.. aq akan dihantar guna kereta ataupun aq naik bas..x laratlah mo jalan kaki pegi sekolah..nanti sampai sekolah x larat plak mo mengajar..hehehe..

ok lah..berbalik kepada cerita..disebabkan hampir setiap hari aq berjalan kaki pulang ke rumah..maka aq pun selalu melihat pemandangan di kanan, kiri, depan dan belakang aq..(jalan tengok belakang ker??) hari-hari aq tengok benda yang sama : SAMPAH DALAM LONGKANG...!!

hmmm..actually sakit jugak mata menengok sampah berlonggok di dalam longkang tuh..tapi apa ble buat..xkan aq mo pegi pungut semua sampah tu kan??rasionallah sikit..hehehe...lebih menyedihkan lagi bila longkang itu berada di depan masjid..perkara macam nie sudah pasti akan mencemarkan imej masjid yang merupakan tempat beribadah orang-orang Islam..?


hmmm..sedihkan bila tengok keadaan longkang masjid macam nie..walaupun masjid nie terletak di dalam kampung..tidak bermaksud kebersihannya harus diketepikan. pihak-pihak yang berkenaan seharusnya mengambil langkah proaktif bagi mengatasi masalah ini, bukannya terus membiarkan tanpa sebarang tindakan.


DARI MANA SAMPAH INI DATANG??


untuk pengetahuan pembaca sekalian, masjid jamek kg. likas ini berkongsi tapak lokasi dengan sebuah sekolah agama, SUIS LIKAS. bersebelahan dengan SUIS LIKAS pula ialah SK. LIKAS..(tempat aq mengajar..hehehe) ini bermaksud, hampir keseluruhan sampah di dalam longkang ini adalah berpunca daripada murid-murid di kedua-dua buah sekolah itu.isshhhh...cikgu dorang ni x ajar ka buang sampah dalam TONG SAMPAH? (marah diri sendiri..hahaha) tapi yang menghairankan..xkan sampah seperti ini dibuang oleh murid-murid??
dalam longkang ada kotak??

hmm..pelik bin ajaib..apa yang budak-budak tu buat dengan kotak nie? kalau bukan budak-budak yang buat..siapa pula?? "Lu pikirlah sendiri..!!"hahaha

hisshhh!!teruk sungguh!!

perkara macam nie tidak seharusnya dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan. Sebagai seorang rakyat yang prihatin, aq menyarankan pihak-pihak berkenaan buatlah sesuatu..haaa..guru besar SK.LIKAS boleh ja suruh budak-budak SK.LIKAS tu buat kerja amal pungut sampah..pastu bagilah upah makan-makan sikit..(dalam nie beranilah mo cakap..cuba depan-depan?hahahahaha)

budak-budak SUIS LIKAS pulak..buat jadual harian petugas pemungut sampah..hehehehe...pastu AJK Masjid Jamek Likas pulak panggillah penduduk yang berdekatan buat pahala bersihkan longkang tu..barulah sama-sama maju..kebersihan masjid pun terjaga..malah bertambah CERIA..hehehehe
so..pikir-pikirkanlah yer??=)

p/s : UNTUK KEBAIKAN BERSAMA...ada laa orang kena saman pas nie..huhuhuu (silap haribulan harta karun pun boleh jumpa dalam longkang tu..=P)


daftar affiliate FREE dan jana wang tambahan di sini

Friday, February 18, 2011

timun oh timun

1
8:28 PM Friday, February 18, 2011
 
Timun sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Ia tergolong dalam kumpulan yang sama dengan labu. Luaran timun berwarna hijau agak gelap, manakala sebaik dihiris, isi putih kehijauan terserlah.

Terdapat dua jenis timun iaitu yang boleh dibuat acar dan untuk dihiris. Timun yang digunakan untuk dibuat acar kebiasaannya bersaiz lebih kecil.


Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan. Malah ketika cuaca panas, sayuran itu amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik. Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai manfaat lain yang berguna untuk menusia.


Nutrisi Timun

Nilai nutrisi bagi setiap 100 gram timun yang belum dikupas :

* Karbohidrat - 3.63 gm
* Gula - 1.67 gm
* Serat - 0.5 gm
* Lemak - 0.11 gm
* Protein - 0.65 gm
* Thiamin (Vitamin B1) - 0.027 mg
* Riboflavin (Vitamin B2) - 0.033 mg
* Niacin (Vitamin B3) - 0.098 mg
* Asid Pantotenik Acid (Vitamin B5) - 0.259 mg
* Vitamin B6 - 0.040 mg
* Folat (Vitamin B9) - 7 μg
* Vitamin C - 2.8 mg
* Kalsium - 16 mg
* Besi - 0.28 mg
* Magnesium - 13 mg
* Fosforus - 24 mg
* Potasium - 147 mg
* Zink - 0.20 mg


Pelbagai Kegunaan

# Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.

# Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat dalam timun menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.

# Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.

# Hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.

# Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan juga gout.

# Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.

# Potasium di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.

# Timun mengandungi erepsin - enzim yang membantu menghadamkan protein.

# Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut, terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kobis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak mereka juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik dalam badan.

# Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku.

dipetik daripada blog SIHAT SELALU


daftar affiliate FREE dan jana wang tambahan di sini

Tuesday, February 15, 2011

malaysian pay per click

2
11:10 PM Tuesday, February 15, 2011
assalamualaikum n salam sejahtera suma reader2...sda 2 3 ari aq x mgupdate blog nie..hehe..jgn2 ada yg rindu utk mgview blog aq nie...(perasaaann~~)
http://www.emocutez.com
hahahaha...hmmm..ari nie aq brniat untuk mgepost entry berkenaan duit..duit??yaaa..duit..mcm yg korg bca kat tjuk entry aq tuhh...
aq sndri pn xtaw sejauh mna kesahihan program nie sbab..aq sndiri pn masi mncuba2..hehe
knapa aq brani mncuba??jwpannya sng jerrr

sebab benda nie FREE!!

apa yg aq perlu buat cuma perlu klik iklan dgan cara yg BETUL..kalo salah klik..xda la duit..

BETUL KA BENDA NIE??

ntah lar..hehehe
apa2 pun...slamat mencuba~~~
sila klik sini jika anda ingin tahu lebih lanjut
 lepas tue..anda cuma perlu register sebagai ahli yg FREE
p/s : jgn lupa nama referral anda ialah qila209 =P

Sunday, February 13, 2011

sekali bercinta....biarlah sampai ke syurga...

0
9:51 AM Sunday, February 13, 2011
“ Wahai Manusia! Sesungguhnya telah Kami ciptakan kamu daripada Lelaki dan perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui dan Maha Teliti.” (al hujurat:13)

Hai! Assalamu’alaikum, boleh berkenalan?” sapa sang buaya kepada sang kancil sambil tersengih2 menguntum senyum. “Kalau tak jawab dosa..” tambah encik buaya lagi, masih lagi menyimpul senyuman ala-ala sang kambing, dan si kancil yang lemah terus terpukau mendekati. Bermulalah ikatan teman tapi mesra antara si buaya dan si kancil. Ke sana ke sini pasti bersama, dan kadang-kadang berdua…

Ya beberapa hari lagi Valentine’s day a.k.a hari ‘menternak kasih’ akan menjelma, pasti sang2 buaya dan sang2 kancil yang lemah itu sudah bersiap sedia menyambut kawan mereka yang satu itu. Maka lakulah kedai2 bunga di jalan-jalan dan cepat pula kehabisan stok penjual2 coklat. Ya inilah masanya kata si penjual tanpa terfikir mereka turut serta dalam cerita itu.

Bersuka-sukalah sang buaya dengan kekasihnya sang kancil di hari itu walaupun menyalahi logik bagaimana sang buaya dan sang kancil boleh bersatu? Tapi itulah keajaibannya, sang buaya itu memiliki sesuatu yang menambat hati sang kancil. No wonder la kata si putih dari dunia sana sang kancil tak nak berenggang dengan sang buaya. Hebat..!

Asyik dalam buaian..tanpa di duga, sang buaya dan sang kancil yang lemah itu disapa sang lebah madu yang terbang dengan madu2nya. “Assalamu’alaikum, boleh berkenalan?” sapa sang lebah madu tersenyum dalam ketegasan. “Kalau tak jawab dosa..” kata sang lebah madu lagi, masih lagi dengan senyuman lekat di bibir. Sang buaya dan sang kancil kaku mencari helah. Hendak lari? Aah sang lebah madu terlalu ramai! Hendak terjun? Komfom tak berani. Selisih malaikat 44 kata mereka..

“Wahai anakku sang lebah madu” sapa si ayah sang lebah madu suatu ketika dahulu. “Kalau anakku mencari teman hidup dari lorong hitam pasti kamu akan berjumpa dengan si teman hidup produk si lorong hitam dan kalau kamu mencari dari lorong putih Insya’allah kamu akan bertemu pula dengan produk si lorong putih” sambung si ayah sang lebah madu. Si lebah madu tersentak dari lamunan. Benar kata ayah sang lebah madu. “Sekali berkasih biarlah sampai ke Syurga” noktah sang lebah madu.

Pandang jangan dengan nafsu wahai sang penjejak cinta, kerana ia selalu hadir melulu. Pandang jangan dengan mata sahaja wahai sang pencinta, kerana ia selalu hadir menipu. Pandang jangan melalui akal semata wahai pendukung cinta, kerana ia selalu disapa salah. Pandanglah dengan mata hati yang bersih wahai perindu cinta, kerana hati yang bersih itu Insya’allah menghadirkan cinta hakiki. “Sekali berkasih biarlah sampai ke syurga”..

Tamatlah sudah kisah sang buaya, sang kancil, si penjual bunga dan coklat, sang lebah madu dan askar-askarnya, dan si ayah sang lebah madu. Carilah kasih sayang itu di denai yang betul kerana selalunya kesilapan hari ini kerap menghantui perjalanan di hari akan datang. Ingatlah pesan sang lebah madu, “Sekali berkasih biarlah sampai ke syurga”..
P/s: Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri-Negeri Malaysia telah mengharamkan sambutan Valentine’s day a.k.a Hari Kekasih. Jauhilah dari setiap inci yang mendekatkan kita ke arahnya. Even with a single word!

Cerita ini diolah daripada Tazkirah yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Hasrizal Abdul Jamil bersempena Karnival Keluarga Sakinah anjuran bersama pelbagai Ngo dan agensi2 kerajaan di Negeri Bawah Bayu. Kredit untuk beliau, penganjur2 dan peserta2 sekalian. Jazakallahu khairan Kathira.

kesimpulannya.....
originally wrote by : Hisham Tahir

Wednesday, February 9, 2011

jom buang toksin sama-sama!!!

2
10:38 PM Wednesday, February 9, 2011
Sebelum anda teruskan niat membaca entri ini, sila tanya diri anda sendiri, brapa kali anda bersenam dalam seminggu? or lebih sesuai..dalam sebulan??

haaa..aq pasti..mesti ada antara korang yg x brapa nak brkesempatan ntuk bersenam disebabkan kesibukan yg melanda hari2 korang. bila dah lama x bersenam korang mula risau dgan tahap kesihatan korang, dah brapa banyak lah lemak yg mginap dalam bdan korang..maka terdetiklah di hati korang untuk menimbang berat korang di atas penimbang berat digital or analog korang 2..maka korang pun menjeritlah.."MAAAKKKKK OOOOIIIII!!!!BERATNYER AKU!!!TIDAAAAAAAKKKKKK!!!!!!!!!!
hahaahahhaha....maka korang pun ambil langkah yg strusnya..korang pun start berdiet akibat  x masa untuk bersenam untuk mengurangkan berat di samping korang memang malas nak bersenam..sehinggalah pada satu hari korang tiba2 jatuh sakit....

SUSAH YERK??

http://www.emocutez.comso, mcm mna cara mudah untuk membantu kita mnjaga kesihatan selain bersenam? hmm..aq ada cadangan..maybe korang dah pernah dengar tapi korang x pernah cuba untuk mencuba..






heee..DETOX FOOT PADS nie memang banyak kelebihannya..selain pengaplikasiannya yang cukup mudah, benda nie turut menyelesaikan masalah-masalah yg korang hadapi. antaranya ialah: 

*Membuang Toksin / racun dlm badan, lebihan air dan cegah bau kaki*
* Membuatkan badan lebih bertenaga*
* Mengurangkan alergi, sakit sendi*
* Melegakan sakit kepala, migrain atau stress*
* Menormalkan tekanan darah dan aliran darah*
*Menguatkan sistem imun badan*
* Mengurangkan sembelit dan kembung perut*
* Membantu mengurangkan masalah jerawat / resdung*
* Mengurangkan Diabetes, masalah kegemukan*
* Mengatasi masalah sukar tidur*
* Berpanjangan menggunakan ubat*
* Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih*
* Menyegarkan badan*
* Mengurangkan sakit sendi, gout*
* Juga untuk kegunaan di perut*


nie detox b4 d pakai


nie detox after d pki
kalo korang ingin try n test benda nie..contact jak aq d blog nie..insyaALLAH d layan bah kalo ko..hehee..untuk korang2 yg tgal area2 KK jak lar n yg brdekatan..hee

p/s : aq dah cuba..korang bila lagi??

Tuesday, February 8, 2011

Pokok Kapal Terbang

0
8:58 PM Tuesday, February 8, 2011
http://www.emocutez.comPokok Kapal Terbang??? Menatang apa tuh?? haaa..untuk pengetahuan korang sumer..aq pun baru taw akan kewujudan pokok ne. maybe ramai yang dah taw tapi aq blum taw..al-maklumlah..ketinggalan zaman ultraman..hehehe...

okeh..Pokok Kapal Terbang a.k.a  Pokok Jepun a.k.a Pokok Jerman merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Biasanya kalo Pak Tani or Pak Kebun or Pak Dusun nampak..dorang sembelih jak pokok nie sebab mengganggu kegiatan harian tanaman dorang..hehehe..kira macam tumbuhan parasit lar...

itu menurut pandangan Pak Tani dan yang sekapal dengan beliau..dari sudut pandangan para saintis..tumbuhan nie sangatlah berguna untuk menyembuhkan luka-luka yang kecik..haaa..hebat x?? pokok yang dianggap parasit nie rupanya ada kelebihannya..macam yg orang tua2 cakap.."air yang tenang jangan disangka tiada crocodile"..(ada kaitan kah??sah x pass SPM..hahahahha)
http://www.emocutez.com

Tumbuhan ini asalnya daripada Hindi Timur, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini dikelaskan sebagai tumbuhan rumpai dan adalah dari Famili Asteraceae, Compositae. Nama tumbuhan ini dalam Bahasa Melayu adalah Pokok Kapal Terbang, Pokok Jerman ataupun pokok Jepun. Nama-nama lain tumbuhan ini adalah Osmia odorata, Chromolaena odorata, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush dan Baby Tea. Tumbuhan ini mempunyai batang bebusa dan boleh mencapai ketinggian 2.5 meter. Daunnya mempunyai bau. Daun dan bunga diguna untuk merawat luka dan sebagai racun serangga.

AWAS!!!! 

Keseluruhan pokok ini beracun dan boleh memudaratkan. Bahan aktif keracunan adalah Alkaloid pyrolizidin berserta dengan bahan-bahan α-pinen, ß-cubebene, 7- dan 9-Angeloylretroneecine, intermedine, riderine dan 3'-acetylrinderine.

Kesan Keracunan boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutamanya di kalangan kanak-kanak. Keracunan ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada anak dalam kandungan melalui uri. Sintom keracunan dapat dikesan setelah beberapa hari dan biasanya dikesan dengan kejadian sakit perut yang kuat, muntah-muntah dan bengkak hati.





p/s : kalo nak guna hati-hati yerk?? aq x bertanggungjawab atas segala yang bakal terjadi..hehehehe

Friday, February 4, 2011

GUA TERBESAR DI DUNIA

0
2:21 PM Friday, February 4, 2011
http://www.emocutez.comtahukah anda apakah gua yang terbesar di dunia?haaa...kalo korang suma nak taw..gua Hang Son Doong atau Mountain River Cave merupakan gua yang paling besar dalam bumi nie. Gua ini terletak di Vietnam dan mempunyai ketinggian 198.12 meter dengan kelebaran 152.4 meter. Fuhh..ternyata gua ini 2x ganda saiz Deer Cave yang terdapat di Sarawak. Hebat..hebat..ciptaan ALLAH..tentulah hebat..heee

http://www.emocutez.com



haaaa...cantik kan??indahnya ciptaan ALLAH~~

Istimewanya Kucing

0
1:02 PM
saper suka kucing??angkat mouse!!
http://www.emocutez.com
haaaa...pastinya ramai orang yang sangat suka dengan kucing..betul x? tapi..ada juga orang yang allergic dengan kucing ne..hmm..kucing..kucing..apa yang spesel sangat ngan kucing ne? kalo korang nak taw..kucing ne banyak kelebihannya. lpas aq surf2 internet ne..aq pun tjmpa citer sal kucing ne..

- Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi, khususnya untuk warga tua dan warga cacat.


- Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.


- Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.


- Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil
tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang garam.


- Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah,
purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.


- Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.


- Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.


- Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit
kepala dan sakit belakang.


- Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain.

http://www.emocutez.com
hmmm..betul ker nie? kalo korang sumer inginkan kesahihan..try la sendiri..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...