Sunday, February 13, 2011

sekali bercinta....biarlah sampai ke syurga...

0
9:51 AM Sunday, February 13, 2011
“ Wahai Manusia! Sesungguhnya telah Kami ciptakan kamu daripada Lelaki dan perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui dan Maha Teliti.” (al hujurat:13)

Hai! Assalamu’alaikum, boleh berkenalan?” sapa sang buaya kepada sang kancil sambil tersengih2 menguntum senyum. “Kalau tak jawab dosa..” tambah encik buaya lagi, masih lagi menyimpul senyuman ala-ala sang kambing, dan si kancil yang lemah terus terpukau mendekati. Bermulalah ikatan teman tapi mesra antara si buaya dan si kancil. Ke sana ke sini pasti bersama, dan kadang-kadang berdua…

Ya beberapa hari lagi Valentine’s day a.k.a hari ‘menternak kasih’ akan menjelma, pasti sang2 buaya dan sang2 kancil yang lemah itu sudah bersiap sedia menyambut kawan mereka yang satu itu. Maka lakulah kedai2 bunga di jalan-jalan dan cepat pula kehabisan stok penjual2 coklat. Ya inilah masanya kata si penjual tanpa terfikir mereka turut serta dalam cerita itu.

Bersuka-sukalah sang buaya dengan kekasihnya sang kancil di hari itu walaupun menyalahi logik bagaimana sang buaya dan sang kancil boleh bersatu? Tapi itulah keajaibannya, sang buaya itu memiliki sesuatu yang menambat hati sang kancil. No wonder la kata si putih dari dunia sana sang kancil tak nak berenggang dengan sang buaya. Hebat..!

Asyik dalam buaian..tanpa di duga, sang buaya dan sang kancil yang lemah itu disapa sang lebah madu yang terbang dengan madu2nya. “Assalamu’alaikum, boleh berkenalan?” sapa sang lebah madu tersenyum dalam ketegasan. “Kalau tak jawab dosa..” kata sang lebah madu lagi, masih lagi dengan senyuman lekat di bibir. Sang buaya dan sang kancil kaku mencari helah. Hendak lari? Aah sang lebah madu terlalu ramai! Hendak terjun? Komfom tak berani. Selisih malaikat 44 kata mereka..

“Wahai anakku sang lebah madu” sapa si ayah sang lebah madu suatu ketika dahulu. “Kalau anakku mencari teman hidup dari lorong hitam pasti kamu akan berjumpa dengan si teman hidup produk si lorong hitam dan kalau kamu mencari dari lorong putih Insya’allah kamu akan bertemu pula dengan produk si lorong putih” sambung si ayah sang lebah madu. Si lebah madu tersentak dari lamunan. Benar kata ayah sang lebah madu. “Sekali berkasih biarlah sampai ke Syurga” noktah sang lebah madu.

Pandang jangan dengan nafsu wahai sang penjejak cinta, kerana ia selalu hadir melulu. Pandang jangan dengan mata sahaja wahai sang pencinta, kerana ia selalu hadir menipu. Pandang jangan melalui akal semata wahai pendukung cinta, kerana ia selalu disapa salah. Pandanglah dengan mata hati yang bersih wahai perindu cinta, kerana hati yang bersih itu Insya’allah menghadirkan cinta hakiki. “Sekali berkasih biarlah sampai ke syurga”..

Tamatlah sudah kisah sang buaya, sang kancil, si penjual bunga dan coklat, sang lebah madu dan askar-askarnya, dan si ayah sang lebah madu. Carilah kasih sayang itu di denai yang betul kerana selalunya kesilapan hari ini kerap menghantui perjalanan di hari akan datang. Ingatlah pesan sang lebah madu, “Sekali berkasih biarlah sampai ke syurga”..
P/s: Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri-Negeri Malaysia telah mengharamkan sambutan Valentine’s day a.k.a Hari Kekasih. Jauhilah dari setiap inci yang mendekatkan kita ke arahnya. Even with a single word!

Cerita ini diolah daripada Tazkirah yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Hasrizal Abdul Jamil bersempena Karnival Keluarga Sakinah anjuran bersama pelbagai Ngo dan agensi2 kerajaan di Negeri Bawah Bayu. Kredit untuk beliau, penganjur2 dan peserta2 sekalian. Jazakallahu khairan Kathira.

kesimpulannya.....
originally wrote by : Hisham Tahir

Aqilah Tahir

Thank You for Spending Your Times Here. Until We Meet Again. Adios!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...