Thursday, June 27, 2013

Oh yeah

0
11:20 PM Thursday, June 27, 2013
Assalamualaikum :)

Here we go again.
Cuti dah pun habis..dan sekarang bermulalah semester pendek untuk sesi 2012/2013
First time aq amik short sem! wohooo! dan ini yang terakhir..hehe

Well this sem aq terasa seperti mencabar diri sendiri..
Aq register untuk 3 subjek..which is actually agak berat untuk short sem nih..hohoo
Then aq buat part time at Mahallah Office
Then aq ada 2 program besar n 1 program yangg sederhana besar yang mintak diuruskan segera..muehehe

Nothing much to say..
Qila,
I wish you all the best! ... >.<

*Oh..insyaAllah ini bakal menjadi pengalaman pertama aq berpuasa Ramadhan di UIAM*

Ya Allah, rahmatilah kami dalam bulan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan..aamiinnn Ya Rabbal'Aalamiin

Thursday, May 30, 2013

Alkisah Sebatang Pensil dan Sebatang Pen

0
10:19 AM Thursday, May 30, 2013
Assalamualaikum..
Semoga korang sihat dan sejahtera sentiasa.. :)

Dan hari ini aku ingin bercerita perihal sebatang pensil  dan sebatang pen...


Pensil...
Teman sewaktu kita mula pandai menconteng
Dinding..lantai..kertas..
Tidak kisah di mana-mana
Di dalamnya ada karbon..fungsinya sebagai dakwat
Istimewanya..dakwat tersebut boleh dipadam
Dan diciptakan untuknya secebis getah pemadam
Pink..hijau..biru..putih..
Pelbagai warna
Tapi fungsinya sama
Lantas kita boleh terus memadam
Jika tersalah tulis

Pen...
Kita beranjak dewasa
Lebih selesa menulis dengannya
Hadir dalam pelbagai bentuk dan warna
Harganya juga berbeza-beza
Tapi fungsinya tetap sama
Sama seperti Si Pensil
Istimewanya pen..
Dakwatnya kekal..sukar untuk ditanggalkan


************************************************************************

Kita manusia..
Tidak pernah lepas dari lalai dan dosa
Kitalah yang selalu melupakan Maha Pencipta
Kitalah yang selalu mengingkari perintah-Nya
Kita yang pernah berada di lorong gelap
Penuh dengan calit-calit dosa
Hitam...
Dan terasanya sukar untuk diluputkan
Mungkin juga tidak layak untuk dimaafkan

Tapi teorinya tidak begitu
Sesungguhnya Dia Maha Pengasih
Maha Penyayang
Maha Pengampun

Palingkan semula langkah
Jangan diteruskan ke lembah kegelapan itu
Keluarlah dari lorong gelap
Sesungguhnya sinar itu ada di penghujung jalan
Cuma kitalah yang harus tetap mencari



************************************************************************

*Kesalahan itu
Catatkan dengan sebatang pensil
Agar ia boleh dipadam
Dan berharap ia tidak akan dicatat lagi...*


************************************************************************

Esok ada exam lagi!!!
Ok Qila..
G baca buku!!
(=.=")

Friday, May 24, 2013

Why Like That?

0
10:26 PM Friday, May 24, 2013

Assalamualaikum..

You ask..
"kenapa mesti saya kat depan awak kat belakang?"

Well..the answer..why like that ar?haha

"macam mana saya nak 'watch your back' kalo saya kat depan?hehee.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...