Alkisah Sebatang Pensil dan Sebatang Pen
0
Assalamualaikum..
Semoga korang sihat dan sejahtera sentiasa.. :)
Dan hari ini aku ingin bercerita perihal sebatang pensil dan sebatang pen...
************************************************************************
*Kesalahan itu
Catatkan dengan sebatang pensil
Agar ia boleh dipadam
Dan berharap ia tidak akan dicatat lagi...*
************************************************************************
Esok ada exam lagi!!!
Ok Qila..
G baca buku!!
(=.=")
Semoga korang sihat dan sejahtera sentiasa.. :)
Dan hari ini aku ingin bercerita perihal sebatang pensil dan sebatang pen...
Pensil...
Teman sewaktu kita mula pandai menconteng
Dinding..lantai..kertas..
Tidak kisah di mana-mana
Di dalamnya ada karbon..fungsinya sebagai dakwat
Istimewanya..dakwat tersebut boleh dipadam
Dan diciptakan untuknya secebis getah pemadam
Pink..hijau..biru..putih..
Pelbagai warna
Tapi fungsinya sama
Lantas kita boleh terus memadam
Jika tersalah tulis
Pen...
Kita beranjak dewasa
Lebih selesa menulis dengannya
Hadir dalam pelbagai bentuk dan warna
Harganya juga berbeza-beza
Tapi fungsinya tetap sama
Sama seperti Si Pensil
Istimewanya pen..
Dakwatnya kekal..sukar untuk ditanggalkan
************************************************************************
Kita manusia..
Tidak pernah lepas dari lalai dan dosa
Kitalah yang selalu melupakan Maha Pencipta
Kitalah yang selalu mengingkari perintah-Nya
Kita yang pernah berada di lorong gelap
Penuh dengan calit-calit dosa
Hitam...
Dan terasanya sukar untuk diluputkan
Mungkin juga tidak layak untuk dimaafkan
Tapi teorinya tidak begitu
Sesungguhnya Dia Maha Pengasih
Maha Penyayang
Maha Pengampun
Palingkan semula langkah
Jangan diteruskan ke lembah kegelapan itu
Keluarlah dari lorong gelap
Sesungguhnya sinar itu ada di penghujung jalan
Cuma kitalah yang harus tetap mencari

0 comments: