Saturday, January 5, 2013

Anda Mahu Kurus?

2
10:01 PM Saturday, January 5, 2013
Assalamualaikum~

Ohoooiii..tajuk post kemain lagi!

Hahaa..orait2..bersempena dengan cabaran sorang senpai untuk menguruskan badan..dan semangat untuk menjadi lebih slim dan anggun (?? wahahahaha) maka aq pun bertekad untuk berdiet! Hooyeaaahhh~~! 
Yooosshhh! Here we go!
http://www.emocutez.com

Pernah dengar ATKINS DIET? Yes..ini adalah kunci untuk korang menurunkan berat badan..heheh..basically Atkins Diet ni adalah satu cara utk kurgkn berat badan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat (carb) dan lebihkan sumber protein. :) Sounds good right? Korang nak taw lebih lanjut korang klik SINI sebab aq nk story sikit2 jaa. Untuk program ni ada 4 tahap..which is;

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance

Okeh! Tempoh induction untuk program ni adalah selama 2 minggu (mcm program MRC n MISI pula ada induction =,= )

Senang cerita..what's the Do's and what's Don't's

Do's..

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Don't's..

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.



Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.


****Jangan lupa makan 3 kali sehari (kalo skip takut2 nafsu makan tidak dapat dikawal sebab lapar!)****

So..secara ringkasnya...begini la ceritanya..hehe..maklumat lanjut boleh tengok belog Encik Bicikut 

Gambatte kudasai! Semoga berjaya merealisasikan impian!hahaa 
http://www.emocutez.com

Aqilah Tahir

Thank You for Spending Your Times Here. Until We Meet Again. Adios!

2 comments:

  1. diet atkins....
    x makan nasi shari pn rsa mcm mau pngsan ja.
    apa lg 2 mnggu.
    aits...=="

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...