Friday, February 4, 2011

Istimewanya Kucing

0
1:02 PM Friday, February 4, 2011
saper suka kucing??angkat mouse!!
http://www.emocutez.com
haaaa...pastinya ramai orang yang sangat suka dengan kucing..betul x? tapi..ada juga orang yang allergic dengan kucing ne..hmm..kucing..kucing..apa yang spesel sangat ngan kucing ne? kalo korang nak taw..kucing ne banyak kelebihannya. lpas aq surf2 internet ne..aq pun tjmpa citer sal kucing ne..

- Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi, khususnya untuk warga tua dan warga cacat.


- Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.


- Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.


- Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil
tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang garam.


- Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah,
purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.


- Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.


- Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.


- Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit
kepala dan sakit belakang.


- Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain.

http://www.emocutez.com
hmmm..betul ker nie? kalo korang sumer inginkan kesahihan..try la sendiri..

Aqilah Tahir

Thank You for Spending Your Times Here. Until We Meet Again. Adios!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...